Menunggang di Kuala Lumpur : Tip untuk Perjalanan Lancar
- Rent N Ride KL

- 14 Okt 2025
- 2 min membaca

Kenali Peraturan Jalan Raya
Sebelum mula ride, biasakan diri dengan undang-undang trafik dan tanda jalan di Malaysia. Kebanyakan papan tanda di KL dala Bahasa Melayu dan Inggeris, jadi senang untuk faham. Paling penting, pastikan sentiasa pakai helmet dan ikut lorong motosikal yang disediakan.
Rancang Tempat Letak Motor
Dekat Kuala Lumpur, ada banyak tempat khas untuk parkir motor. Terutama dekat mall, tempat pelancongan, dan kawasan komersial. Sediakan duit kecil atau guna aplikasi parking, sebab kadang-kadang meter tak terima duit besar. Elak parkir di tempat larangan, nanti kena saman atau motor kena tunda.
Guna GPD atau Aplikasi Navigasi
Waktu puncak di KL memang boleh tahan sesak. Jadi, guna aplikasi macam Waze atau Google Maps untuk elak jalan jem dan cari laluan paling cepat. Percayalah, ini boleh jimat asa dan tenaga!
Periksa Motor Sewa sebelum Ride
Sebelum keluar, ambil masa sekejap untuk check motor. Tengok kalau ada calar, kerosakan atau masalah mekanikal. Pastikan juga dokumen lengkap dan semua berfungsi dengan baik. Langkah ini boleh elakkan salah faham bila pulangkan motor nanti.
Menunggang di Kuala Lumpur bersama Rent N Ride
Nak perjalanan yang betul-betul lancar? Nah, in antara top tips bila kau sewa motor dengan Rent N Ride
Periksa Motor Sewa : Sebelum bergerak, pastikan kau check motor dan lapora=kan sebarang kerosakan kepada staf Rent N Ride. Langkah mudah ini boleh elakkan masalah bila nak pulangkan motor nanti.
Gunakan GPS : Macam biasa, trafik KL memang boleh tahan padat terutama waktu sibuk. Guna Waze atau Google Maps untuk bantu cari laluan paling cepat dan selesa.
Rancang Tempat Parking : Motor Rent N Ride datang dengan info lokasi parking sekitar bandar, jadi tak perlu risau nak cari tempat letak motor. KL memang sediakan banyak kemudahan parkir khas untuk motor dekat kawasan tumpuan pelancong dan pusat bandar.
_edited.jpg)



Komen